PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG KARANG

  • Dear Father Khalid..Bersyukurlah

    * Nampaknya Father masih belum berpuas hati berperang dengan MAIS ataupun JAIS.Kenangan pahit di nafikan sebagai penceramah agama di Selangor masih lagi belum dapat di singkirkan daripada akal fikiran Father.Hari ini Father dikatakan di panggil mengadap Sultan Selangor dipercayai atas kelantangan Father mempertikaikan keputusan Tuanku tidak membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di Selangor.

    * Walaupun Father mengatakan dipanggil kerana Father memohon mengadap kira-kira 2 bulan lepas untuk mengetahui apa kehendak Baginda Tuanku untuk pembangunan Shah Alam. Sekiranya betul apa yang dikatakan apakah yang telah Father lakukan untuk pembangunan Shah Alam selama ini melainkan asyik bercerita tentang politik dan juga mempertikaikan setiap keputusan pihak lain.Father dah macam orang yang dah tak ada kerja nak dibuat ataupun cuba menaikkan nama sendiri yang semakin di sampahkan oleh orang-orang Shah Alam. Nasib baiklah tanggungjawap mengampunkan dosa orang diambil alih oleh Father yang lain.Bersyukurlah Father.




    * Dalam mempertikaikan JAIS kami tidak terlepas pandang apakah niat sebenar Father.Kami sedia maklum bahawa JAIS adalah dibawah tanggung jawap Hasan Ali selaku Exco yang menjaga kepentingan Islam di Selangor.JAIS bekerja di bawah Exco Hal Ehwal Agama yang diwakili oleh Adun daripada parti Father sendiri iaitu PAS.Segala kerja yang dibuat adalah mengikut arahan pemerintah yang memerintah negeri.Hubungan Father dengan Hasan Ali sememangnya tidak begitu baik selepas di pecat daripada jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Kelantangan Father mempertikaikan kewibawaan jabatan dibawah kendalian Hasan Ali adalah sama seperti Father mempertikaikan krebiliti Hasan Ali sebagai Exco.Sehingga hari ini, kami masih lagi belum dapat melihat sebarang komen daripada Hasan Ali berkenaan asakan daripada Father.Bersyukurlah Father. Adakah Hasan Ali malas hendak melayan kerenah Father yang seperti gilakan talak ataupun Hasan Ali lebih suka menunggu apakah keputusan PAS Pusat terhadap tindakan kepada beliau dan juga Father...Bersyukurlah Father.

    * Father juga nampaknya cuba menjadi hero di mata Sultan selepas Si Sahak Gagap dengan mengatakan bahawa Father cuba menghalang golongan berkepentingan daripada menggunakan institusi dibawah kendalian baginda ke arena politik.Kami yakin kenyataan Father merujuk kepada memorandum yang di hantar oleh UMNO Selangor kepada Baginda Sultan baru-baru ini. Pada kami UMNO Selangor mempertahankan pendirian mereka dan mereka bukanlah cuba untuk membawa Sultan kedalam kancah politik.

    * Father juga seperti cuba menangguk di air keroh dengan meminta kepimpinan JAIS dan MAIS di rombak dan mencadangkan beberapa nama seperti Dato Haron Din dan Dato Ismali Kamus untuk menerajui jabatan tersebut dengan harapan mereka ini akan memberi jawapan yang sebaiknya berkenaan agama.Apa lagi yang hendak diharapkan daripada ulama-ulama ini wahai Father Khalid?? Dato Haron Din tanpa jawatan sebagai pengarah JAIS telah mengatakan bahawa isu kalimah ALLAH ini boleh menyebabkan seseorang itu KUFUR sekiranya tidak diatasi dengan sebaiknya.. Bersyukurlah Father..Adakah Father cuba berbaik-baik dengan ulama-ulama PAS dengan harapan imej Father dapat dipulihkan sekiranya ulama-ulama ini lantik ke dalam agensi kerajaan negeri?

    * Pesanan kami kepada Father, tahap pengetahuan agama Islam Father lebih rendah daripada Dato Haron Din mahupun ulama-ulama lain.Jangan cuba menjadi hero di kalangan bukan Islam tetapi nanti kubur Father di kencing anak cucu kerana melacurkan agama nenek moyang demi kepentingan politik. Father Khalid, jawatan telah diberi, berkhidmatlah sebaik-baiknya.Tempoh masa Father untuk disampahkan oleh orang Shah Alam sudah semakin hampir...Bersyukurlah Father. Biarlah Father menjadi sampah terhormat yang diletak didalam plastik hitam daripada menjadi sampah yang di campakkan ke dalam lombong untuk bersama-sama bangkai-bangkai yang telah busuk.

    sumber:kitagempur.com

0 comments:

Leave a Reply

Pelawat Ke

My IP

JAWATANKUASA 2008 - 2011

Warung Pemuda

Photos

Followers