PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG KARANG

  • Gulingkan Khalid tidak janjikan pengganti yang layak

    sumber:www.mykmu.net


    Kalau ikutkan konvensyen politik, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi layak jadi Menteri Besar.

    Ijok yang dia wakili sebagai ahli Dewan Undangan Negeri sudah dibubar Cawangan. PKR Bahagian Kuala Selangor sudah tidak wujud apabila ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian meletakkan jawatan hingga kini tinggal Khalid dan Setiausaha.

    Keadaan Khalid sebagai Ketua Perhubungan PKR Selangor sudah diibaratkan sebagai “Chief with no Indian” untuk dipimpin.

    Dato Seri Mohamad Khir Toyo menyatakan ada usaha dalam PKR yang mahu menggulingkan Khalid. Kalau nyawa Khalid sudah hampir di penghujung, siapakah yang layak sebagai pengganti?

    Perancang huru hara

    Dari apa yang diketahui ramai, keadaan Khalid sekarang telah dirancang oleh Azmin Ali. Dengan dibantu oleh YB Wee Choo Keong, Azmin mula mengkucar kacirkan keadaan dengan menimbulkan isu kewujudan gangsterism dalan jemaah exco negeri. Ini jelas menjurus kepada Ronnie Liu.

    Bolehkah tercapai cita-cita Azmin untuk naik dilantik Menteri Besar? Besar kemungkinan perlantikan Azmin akan dibantah keras oleh DAP.

    Isu itu berpanjangan hingga susah untuk DAP cuba menyalahkan SPRM dan UMNO dalam kejadian kematian Teoh Beng Hock kerana mereka-mereka yang terlibat dalam kes-kes adalah orang-orang Ronnie Liu dan menjadi susah untuk Ronnie Liu mengelak dari dituduh sebagai dalang yang mengatur pembunuhan Beng Hock.

    Siang-siang kita boleh tolak kemungkinan exco-exco DAP seperti Ronnie, Theresa Kok dan Ean Yong dari naik jadi Menteri Besar. Jumlah pengundi Cina hanya tertumpu ke kawasan Lembah Kelang dan tidak mencerminkan demografi keseluruhan Selangor.

    Kemungkinan Speaker Cheng Teng Kim pun amat nipis memandangkan beliau bukan dari fraski yang menyokong Lim Kit Siang.

    Ratu bogel Elizabeth Wong yang mengharungi kehidupan peribadi yang begitu murah usahlah bermimpi untuk dapat menjadi Menteri Besar .


    Kes lama timbul?

    Untuk melantik Azmin, ia tidak menjanjikan kestabilan politik Selangor. Kes liwat kedua Anwar akan mula bicara tidak lama lagi. Sudah pasti Azmin akan terpalit setiap kali Anwar cuba menggunakan kes liwat lama sebagai hujah.

    Mutakhir ini, sudah mula diperkatakan di blog-blog bahawa Azmin telah melakukan kesalahan “tampering with evidence” untuk kes lama.

    Kononnya semasa menentukan ibu bapa anaknya Fara Hafifa, bukan anak itu yang memberi sampel darah untuk dibuat ujian DNA tetapi anak sulong mereka, Fara Shazliyana. Ini telah dapat menyelamatkan Anwar dari tuduhan mengadakan hubungan dengan Shamsidar hingga melahirkan anak.

    Tidak boleh ditentukan lagi samada khabar-khabar angin ini boleh merebak hingga terbuka kes lama. Kemelut ini tidak susah untuk diselesaikan. Hanya dengan mengambil sampel darah anak itu untuk diuji. Jika perkara ini benar, ini bermakna ia adalah satu yang boleh memalukan kerajaan negeri.

    Tinggal siapa?

    Jika Azmin tidak boleh, siapa pula? Satu-satu exco PAS dalam kerajaan negeri adalah Dato Dr Hasan Ali. Seorang yang vokal dan banyak menimbulkan kontroversi pasti tidak boleh mendapat sokongan. Jumlah kerusi PAS dalam Dewan Undangan Negeri tidak mencukupi untuk memberi kekuatan.

    Hasan tidak boleh dijadikan boneka seperti Nizar di Perak. Maka dia tentu sekali tidak akan mendapat sokongan DAP. Hasan pun banyak menimbulkan isu yang menyebabkan pertembungan dengan DAP.

    Bagaimana pula Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaacob Sapari?

    Dengan 34 pegawai kerajaan ditangkap dua hari lepas dan empat lagi ditangkap termasuk dua pegawai dari pejabatnya, masa perkara ini untuk berlaku tidak menyebelahinya. Pegwai peribadi Yaacob Sapari, Hussein Ahmad bukan sahaja ditahan untuk siasatan tetapi kesnya disyaki untuk seks untuk permit yang memalukan.

    Tentu sekali, perkara ini dan salah laku Semesta akan memberi bayanagan prestasi yang buruk terhadap Yaacob.

    Yang ada lagi adalah ADUN Batu 3 yang merupakan Pengerusi Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Rodziah Salleh. Perlukah diulang lagi kes-kes kuil, kubur dan lain-lain amsaalah masyarakat yang tdiak boleh dikendalikan dengan baik?

    Nampaknya dari mereka-mereka yang terkenal dikalangan PKR, tiada lagi yang boleh dipilih mengantikan Khalid. Bolehkah diharap nama-nama muda yang ada dalam PKR?

    Akhirnya parti tangkap muat ini perlu berhadapan dengan realiti ketandusan kepimpinan.

0 comments:

Leave a Reply

Pelawat Ke

My IP

JAWATANKUASA 2008 - 2011

Warung Pemuda

Photos

Followers