PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG KARANG

  • Terkini!!! PKR Kuala Selangor Bubar


    Kejatuhan Pakatan Rakyat di Selangor semakin menuju ke penghujungnya.Hari ni PKR Bahagian Kuala Selangor yang mana Ahli Parlimennya Dr Zulkefly Ahmad sekutu kepada Mubaligh Khalid Gereja disahkan bubar apabila 13 orang AJK bahagian tersebut meletak jawatan.Pembubaran ini adalah sambungan daripada pembubaran PKR Ijok baru-baru ini.

    Selepas pembubaran PKR Ijok ada dikalangan ahli-ahli haprak mereka mempertikaikan tindakan tersebut.Menurut mereka perkara tersebut hanyalah tindakan segelintir ahli sahaja.Parti mereka tetap kukuh dan hubungan diantara pemimpin dan ahli masih baik.

    Hari ini kita dikejutkan lagi dengan pembubaran di Kuala Selangor yg diketuai oleh Sahak Gagap sama seperti di Ijok.Secara jelas kita dapat lihat bagaimana MB Gagap ini semakin hilang arah tuju dan ahli-ahli PKR sudah hilang keyakinan terhadap beliau.Kehadiran AL-Juburi di dalam pentadbiran Selangor juga gagal meyakinkan penyokong mereka supaya tidak meninggalakan perjuangan PKR yang kita sedia maklum berjuang untuk individu tertentu sahaja.

    Diharap perkara ini dijadikan contoh kepada semua bahagian PKR yang masih lagi tidak sedar menyokong Peliwat Tegar dan Penipun Sultan walaupun sudah jelas mereka-mereka ini hanya tau berpolitk tetapi tidak tahu cara meningkatkan lagi kebajikan rakyat.

    Elok benar kiranya PKR Selangor mengadakan demo menuntut semua Adun mereka keluar parti dan menjadi Bebas bagi memastikan nama mereka kekal bersih di kalangan rakyat. Sahak Gagap tidak akan meletak jawatan andai ada permintaan untuk berbuat demikian tetapi PKR Selangor harus berbuat sesuatu sebelum terlambat.

    Kerajaan Pakatan Haprak ini semakin bergolak walaupun telah dinasihatkan oleh Baginda Sultan supaya lebih mementingkan kebajikan rakyat daripada berpolitik.Nampaknya nasihat Baginda Sultan ibarat Masuk Telinga Kiri Keluar Telinga Kanan.PAS Selangor masih lagi menanti hukuman Pesuruhjaya mereka yang akan diketahui Jumaat ini.Orang yakin tidak akan ada bahagian PAS akan dibubarkan tetapi orang juga yakin akan ada Adun PAS akan keluar parti walaupun isu baiah masih lagi tergantung.

    Apa komen UMNO Selangor? Apa komen DAP Selangor? Apa komen PAS Selangor?

    Untuk UMNO Selangor, bola tanggung dah disediakan...jangan tunggu lama-lama untuk melibas..nanti keluar dari gelanggang..Siapa yang malu..mereka dan keluarga mereka...

    sumber:kitagempur.com

0 comments:

Leave a Reply

Pelawat Ke

My IP

JAWATANKUASA 2008 - 2011

Warung Pemuda

Photos

Followers