PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG KARANG

  • SULTAN SELANGOR VS ANWAR IBRAHIM

    1. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak di negeri ini berpegang teguh kepada pendirian mengharamkan pengunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa hari ini memberitahu, titah itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan baginda pada 5 Januari lalu.Baginda memaklumkan pendiriannya mengenai perkara itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.“Dalam pertemuan itu, baginda menitahkan supaya isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibincangkan dengan teliti oleh ahli-ahli MAIS.“Sebagai Ketua Agama Islam negeri, baginda mahu semua peringkat berpegang teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain,” katanya.

    2. Kepimpinan PAS berbelah bahagi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. YB Taib Azamudin, DR. Harun Din menentang penggunaan Allah oleh bukan Islam, sebaliknya YB Khalid Samad terutamanya menyokong penuh penggunaan Allah oleh bukan Islam. Bukanlah satu yang pelik kerana YB Shah Alam itu memang terkenal dengan liberal dan kesamarataan dalam isu ini. Yang jelas, mana-mana pemimpin PAS yang di bawah pengaruh Anwar akan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, manakala mana-mana pemimpin PAS yang bukan di bawah pengaruh Anwar seperti Dr. Haron Din dan Taib Azamudin menentangnya.

    3. YB Zulkifli Nordin dari PKR sepatutnya keluar meninggalkan PKR dan DS Anwar Ibrahim kerana amat jelas pemimpin De Facto itu telah melanggari limit berpolitik. Hari ini , demi cita-cita mahu menjadi PM, pemimpin de facto sanggup berbuat apa saja hatta tidak kisah jika negara kacau-bilau. Penulis mencadangkan supaya YB Zulifli bertindak lebih berani bukan setakat memberi kenyataan menentang sahaja, sebaliknya hendaklah lebih berani sebagaimana YB DAP Penang sanggup keluar DAP dalam isu mempertahankan kepentingan masyarakatnya.Kelihatannya mereka berjaya mewujudkan Melayu benci Bukan Melayu atau Bukan Melayu benci Melayu, dan Islam benci Bukan Islam, Bukan Islam benci Islam..yang akhirnya berlakulah insiden gereja dibakar dan surau dibaling bata.Apakah ini satu cara untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar yakni Perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful Bahri?

    4. Di dalam negara, DS Anwar membuat pelbagai janji kepada bukan Melayu dan bukan Islam kerana beliau tahu orang-orang Melayu terutamanya hanya memberikan sokongan minoriti kepadanya.

    5. Di luar negara ( terbaru di Mailborne, Australia ), di hadapan pemimpin-pemimpin barat, Anwar dengan tanpa rasa bersalah menuduh Islam di Malaysia menekan penganut-penganut Hindu, Buddha dan Kristian di Malaysia.

    6. Penulis amat berharap Majlis Raja-Raja bersidang segera untuk memutuskan perkara ini, yang akhirnya rakyat Malaysia akan patuh kepada keputusan Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negara ini.

0 comments:

Leave a Reply

Pelawat Ke

My IP

JAWATANKUASA 2008 - 2011

Warung Pemuda

Photos

Followers