-
Khalid & Anwar- Sama-Sama Lacurkan Agama
Tahun baru kita dikejutkan dengan keputusan mahkamah tinggi berkenaan isu penggunaan nama Allah di dalam semua artikel Gereja Katholik.Di sebalik kejutan ini kita dapat lihat bagaimana isu agama boleh dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh parti-parti politik yang gilakan kuasa dan pangkat...
Isu Gereja Katholik ini bermula pada awal 2009 dan di sokong oleh salah seorang MP daripada PAS iaitu Khalid Samad.Apabila keputusan mahkamah berpihak kepada puak kristian, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyokong keputusan tersebut..atas dasar apa aku pun tak tau kenapa dia menyokong.Kalau nak suruh dia bercerita dari segi agama, layakkah dia?? Di Selangor pun dia tidak mendapat pengiktirafan.Malam tadi Timbalan Presiden PAS, Ust Nasaruddin mengatakan bahawa ini adalah isu akidah dan beliau bersetuju JPM dan KDN membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.Secara logiknya kita lihat didalam PAS sendiri ada yang tidak sehaluan..kita tunggu apa kata Nik Aziz dan juga Presiden..adakah mereka akan menyokong kenyataan Khalid atau tidak.Andai jawapannya tidak, aku rasa ada baiknya PAS Selangor pimpinan Hasan Ali melakukan sesuatu kepada mubaligh daripada PAS ini.Jangan sampai ada yang akan kencing gambar Khalid Samad atau memijak poster beliau.Pas pusat juga harus mengambil tindakan tegas.
Dalam kita memberi fokus kepada isu ini, kita jangan terlepas pandang dengan isu janji AL-Juburi berkenaan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang.Semasa berkempen dulu dia menjanjikan jawatan tersebut kepada Salleh Man.Walaupun Salleh Man ini bukanlah dalam kategori ulama tetapi AL-Juburi menggunakan isu jawatan yang berkaitan dengan agama untuk meraih undi.Ini secara tidak langsung membuktikan PKR tidak terkecuali bersama-sama PAS dalam melacurkan agama demi kuasa dan pangkat.Beliau dengan yakin cuba mempengaruhi pengundi dengan berjanji akan melantik pemimpin mereka menerajui satu majlis agama islam yang mempunyai kuasa dalam menentukan keputusan sesuatu perkara berkenaan agama.
Tidakkah beliau sedar bahawa kuasa melantik adalah daripada Yang Dipertuan Agong??? Kenapalah Pengkhianat Bangsa ini begitu bersunggu-sungguh meyakinkan pengundi bahawa Salleh Man ini adalah bakal YDP Majlis Agama Islam.Inilah antara bukti agama kita semakin dipermainkan oleh mereka-mereka yang bernafsu besar, mereka yang gilakan kuasa dan mereka yang sanggup mengadai maruah agama demi dendam dan pangkat.
sumber:kitagempur.com
0 comments: