PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG KARANG

  • Pemuda UMNO akan menubuhkan 'bilik perang' bagi menyusun dan mengatur strategi memenangi hati rakyat terutama pengundi golongan muda untuk menyokong Barisan Nasional (BN) baik untuk pilihanraya umum ataupun pilihanraya kecil.


    Ketika berucap pada ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2009, Khairy Jamaluddin berkata inisiatif ini pentingan kerana dianggarkan lebih tujuh juta pengundi muda layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

    Golongan ini kata beliau akan mempengaruhi jatuh dan bangunnya UMNO dan BN di persada politik tanah air.

    "Bagi memastikan BN dan UMNO terus relevan kepada golongan muda, Pemuda UMNO perlu membuktikan kepada golongan muda bahawa UMNO benar-benar mendampingi, memahami serta bekerja untuk memenuhi tuntutan keperluan dan masa depan mereka", katanya.

    Dalam hal ini beliau menjelaskan terdapat persekitaran semasa yang lebih bebas, terbuka, muda, terdidik dan kosmopolitan yang menjadikan generasi muda sekarang lebih kritis dan memilih dalam membuat keputusan politik mereka.

    Justeru katanya adalah amat penting bagi UMNO untuk peka dan berusaha keras mendampingi golongan muda secara berfokus, giat dan terancang.

    "Dalam usaha mencapai satu penunjuk prestasi utama yang ditetapkan oleh Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita tidak seharusnya hanya tertumpu kepada penyelesaian masalah dan bantuan kebajikan berdasarkan sumber fiskal negara semata-mata.

    "Kita juga harus mendampingi mereka dengan wadah media yang kontemporari dengan golongan muda. Suka atau tidak, sedar atau tidak, kebanyakan orang muda mendapat sumber maklumat dan buah fikiran daripada saluran-saluran media baru, terutamanya internet", ujarnya.

    Sehubungan itu, tambahnya UMNO harus segenerasi dan mempunyai menu dan selera yang sama dengan mereka.

    "Dalam hal ini, suka saya merujuk kepada pendekatan yang proaktif lagi inovatif oleh Presiden kita yang bukan sahaja mempunyai mempunyai laman webnya sendiri malah, akaun twitter, facebook, YouTube serta flickr. Inilah satu contoh yang terbaik buat kita ahli parti semua," katanya.

    Menyentuh usaha Pemuda untuk meningkatkan semangat dan kesedaran berpasukan dalam kalangan pimpinan pergerakan itu, beliau bercadang untuk menganjurkan beberapa kursus latihan akhir tahun ini untuk Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda di peringkat bahagian.

    "Kursus itu akan kita usahakan berteraskan empat rukun kesatuan yang disebut oleh Timbalan Presiden tempoh hari, iaitu kesatuan minda, hati, amal dan matlamat.

    "Dengan bimbingan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Biro Latihan Umno, InsyaAllah program ini akan membantu melengkapkan usaha supaya pimpinan parti di semua peringkat sama-sama dapat bergerak berlandaskan keutuhan dan iltizam yang baru demi mencapai misi kita," ujarnya.

    Beliau berkata dengan semangat dan keinsafan yang dipupuk, Pemuda yakin akan dapat menerapkan budaya politik yang ikhlas, tawaduk serta berlandaskan prinsip sukarelawan dan mengutamakan prestasi demi rakyat, seperti mana yang diamanatkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak

    Pemuda UMNO juga kata beliau lagi akan mempertahankan maruah parti daripada dicerca dan difitnah oleh pembangkang.

    "Ikrar saya kepada Presiden dan Timbalan Presiden, Pemuda kini bersedia untuk menjadi pejuang dan benteng hadapan kepada BN.

    "Lihat sahaja di Bagan Pinang, apabila Pas mengisytiharkan jihad dengan BN, seluruh ahli UMNO tampil ke hadapan bagi menjaga maruah parti dan BN. Kami Pemuda UMNO tetap tidak berganjak, sanggup menggadaikan jiwa dan nyawa demi maruah agama, bangsa dan perjuangan parti," katanya.

    Mengenai pindaan perlembagaan parti pula, beliau menyifatkannya sebagai asas pembaharuan dalam UMNO.

    Menerusi pindaang itu katanya UMNO sudah pun mengambil langkah besar ke arah transfromasi bagi menjadikan parti ini lebih inklusif kepada ahli-ahli di segenap peringkat.

    "Selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya turut ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh perwakilan kerana memberi pengiktirafan khusus kepada sayap Pemuda.

    "Dengan lulusnya cadangan-cadangan pindaan perlembagaan semalam, Ketua Pemuda Cawangan kini diiktiraf sebagai perwakilan automatik ke Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Ini merupakan satu penghormatan yang amat signifikan kepada pimpinan Pemuda di peringkat akar umbi", ujarnya.

    Bukan sekadar itu tambah beliau dari segi keahlian juga, permohonan untuk menjadi ahli parti sudah boleh sah diterima bukan sahaja oleh Ketua Cawangan, tetapi juga Ketua Pemuda Cawangan.

    "Saya melihat pembaharuan ini sesuai memandangkan keahlian baru UMNO rata-ratanya akan terdiri dari anak muda Melayu yang ingin bersama berjuang dalam parti kita.

0 comments:

Leave a Reply

Pelawat Ke

My IP

JAWATANKUASA 2008 - 2011

Warung Pemuda

Photos

Followers