PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN TANJONG KARANG

  • Noh Omar sahut cabaran Ronnie Komunis


    Noh Omar dah kemukan bukti Komunis Liu cuba gagalkan projek di Pasir Penambang di Sinar Harian.KGC sertakan bukti yang sama yang ditunjukkan oleh Noh Omar kepada Sinar Harian.Korang tengok sendiri.Dia hantar surat ke PBT suruh stopkan projek LKIM.Tengok tajuk " Arahan menghentikan projek di perkarangan tokong Sei Ling " depan tokong mana ada projek...pembinaan haram yang dia dok tulis dalam surat itu ialah disebelah tokong iaitu tanah milik LKIM yang dijadikan ganti untuk rumah nelayan di kawasan tersebut..Ini gambar tokong tersebut..gambar-gambar lain klik sini



    Komunis ini cuba nak belit fakta.Masih nak jadi hero dikalangan orang Cina walaupun Cina Pasir Penambang menolak beliau.Satu perkara yang korang perlu tahu, projek ini telah dibincangan bersama pengurusan tokong dan penduduk yang akan dipindahkan.Minit Mesyuarat juga akan KGC sertakan dalam jangkamasa terdekat.Kita sama-sama tunggu..










    Noh Omar dakwa Exco Selangor itu cuba gagalkan projek jeti, rumah nelayan di Pasir Penambang

    SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar mencabar Ronnie Liu untuk meletak jawatan kerana mendakwa Exco Selangor itu cuba menggagalkan projek pembinaan projek pembinaan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan empat rumah bagi nelayan di Pasir Penambang.

    Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata,
    13 November lalu, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) telah mengeluarkan surat kelulusan membenarkan memulakan kerja pembinaan empat Unit Rumah Penempatan Setinggan.

    Bagaimanapun katanya, Ronnie telah menulis surat kepada MDKS 20 November lalu mengarahkan kontraktor menghentikan sebarang kerja-kerja di pekarangan Tokong Sei Ling dan merobohkan semua binaan haram di sekitarnya.

    “Tiba-tiba sahaja, Ronnie membenarkan semula kerja-kerja pembinaan setelah menerima surat bertarikh 26 November daripada MDKS.

    "Ini arahan dia. Kalau dia cabar saya, sekarang saya kemukakan bukti, kalau dia betul-betul `gentleman' eloklah letak jawatan,” katanya sambil menunjukkan dokumen terbabit, semalam.

    Kelmarin, Ronnie memberi amaran kepada Noh agar tidak mencampuri urusan pemberian tanah kepada dua keluarga di Pasir Penambang.

    Ronnie dilaporkan berkata, urusan pemberian tanah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat tidak mempunyai hak untuk mencampurinya.

    Terdahulu, Ronnie dan Noh bertegang leher dalam satu sesi dialog mengenai isu pemberian tanah kepada dua keluarga yang terbabit dalam projek pembinaan jeti LKIM, Ahad lalu.

    Noh berkata, Ronnie tidak layak menjadi pemimpin kerana bersikap 'lempar batu sembunyi tangan' kerana tidak mahu bertanggungjawab dengan tindakannya menghalang projek berkenaan, sebaliknya cuba menunding jari kepada Kerajaan Pusat.

    “Sekiranya beliau seorang yang jujur dan bukannya penipu, takkan beliau lupa yang beliau sendiri menulis surat kepada MDKS,” kata Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.

0 comments:

Leave a Reply

Pelawat Ke

My IP

JAWATANKUASA 2008 - 2011

Warung Pemuda

Photos

Followers